Lihat Katalog Produk AGC

Amethyst Gold Creation Sdn Bhd

Amethyst Gold Creation Sdn Bhd (Co. Reg. No. 951063-K), merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang telah lama berkecimpungan didalam industri perniagaan emas sejak lebih 10 tahun. Syarikat ini juga terlibat dalam menghasilkan produk barangan emas, jualan runcit dan borong juga membeli barangan emas terpakai. Selari dengan perkembangan dan kenaikan harga emas mendadak sejak 5 tahun kebelakangan ini maka pihak Syarikat merasakan sudah sampai masa untuk membuka peluang kepada masyarakat untuk memanfaatkan keadaan ini dan seterusnya menjadikan ia sebagai suatu perniagaan yang menguntungkan. Amethyst Gold Creation Sdn Bhd menghasil dan membekalkan produk dari emas untuk keperluan rakyat Malaysia. Berbekalkan pengalaman bertahun dalam industri ini, syarikat ini menjanjikan produk yang berpiawaian tinggi ketulenan, reka bentuk dan kualitinya. Syarikat ini berurusan terus dengan pelanggan secara dalam talian (online) dan melalui pengedar syarikat yang sah.

Lihat Katalog Produk AGC

SIAPA KAMI?

pembuatan1

Amethyst Gold Creation Sdn Bhd (AGC) telah lama terlibat dalam industri emas bermula dari peringkat asas sebagai tukang emas, membuka rangkaian kedai-kedai emas, industri peleburan emas terpakai, pengilangan barangan perhiasan emas, sistem francais emas, pengeluaran produk perhiasan batu permata secara kaedah mould dan casting dan juga membekalkan produk emas kepada kedai-kedai emas. AGC juga menjadi peneraju emas 1 gram 916 dan 999.9 yang pertama di Malaysia sehingga kini.

Selaras dengan perkembangan permintaan emas dalam bentuk goldbar dan dinar, bermula tahun 2010, kami telah menumpukan perhatian  terhadap produk goldbar dan dinar sebagai salah satu produk utama syarikat.

pembuatan2

Kini tibalah masanya, AGC membuka peluang ini kepada masyarakat umum melalui program SMART PARTNER, walaupun sebelum ini kami hanya berurusan dengan syarikat besar dan kedai-kedai emas sahaja kerana perniagaan emas ini memerlukan modal yang besar dan juga pengalaman yang luas dalam bidang emas.

Satu kaedah penyelesaian terbaik kepada masalah MODAL BESAR ini telah diperkenalkan iaitu sistem perkongsian bijak SMART PARTNER. Selama ini, masyarakat umum yang menganggap perniagaan emas adalah perniagaan yang eksklusif atau perniagaan generasi sahaja. Kami akan membuktikan tanggapan ini adalah salah.

Matlamat kami adalah untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia khususnya bumiputera dengan berkongsi ilmu serta peluang di dalam perniagaan yang sangat lumayan ini.

Mungkin kami telah mengambil masa puluhan tahun untuk sampai hingga ke peringkat ini. Tetapi melalui program SMART PARTNER, anda disediakan jalan pintas untuk berjaya.

Matlamat Syarikat

Matlamat syarikat ialah memberi peluang kepada orang ramai untuk meningkatkan ekonomi melalui perniagaan emas yang tidak memerlukan modal yang besar serta melahirkan seberapa ramai usahawan emas.

Misi Syarikat

Misi syarikat ialah mengeluar dan membekalkan pelbagai produk emas pada harga yang kompetitif serta menyediakan pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan emas untuk rakyat Malaysia.

Visi Syarikat

Visi syarikat ialah menjadi pengeluar dan pembekal emas yang disegani di Malaysia serta mengangkat emas sebagai simpanan yang berharga untuk masa depan.